Ini kafe baharu dan moden yang direka bentuk untuk masa rehat yang santai, sesi belajar dan membeli-belah alat tulis. Dengan bahagian dalam yang terang, perabot yang tahan lama lagi bergaya serta dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau, para tetamu anda boleh berehat dan menyegarkan diri dengan cetusan inspirasi harian.
Meja tahan lama ini mudah sahaja memuatkan dua orang, atau disatukan untuk mendudukkan satu kumpulan besar. Juga, ia ada kaki boleh laras agar ia tegak stabil di lantai yang tidak rata, jadi tidak ada lagi meja yang bergoyang-goyang!
Tingkatkan penampilan kafe anda dengan meja dan kerusi bar yang bergaya. Meja bar ini mempunyai cangkuk yang berguna di bawah yang pelanggan boleh gunakan untuk menggantung beg dan jaket mereka.
Biarkan tetamu anda layan diri mereka pada minuman, gelas tambahan dan kutleri di kawasan layan diri di kaunter.
Gabungkan bod pepaku uuntuk menghasilkan papan menu yang ringkas lagi menarik di belakang kaunter. Dan mudah untuk mengemas kinikannya apabila ada biji kopi istimewa yang baharu dan perubahan pada menu.
Tidak ada yang tidak disukai? Dengan sistem storan BROR, kedai dalam kedai boleh dibina untuk peminat kertas. Unit para-para boleh memperagakan buku nota, pen dan poster. Dan bangku kerja yang diletakkan di tengah-tengah pula mempamerkan barangan istimewa sambil mewujudkan aliran yang baik untuk pelanggan.
Sekelompok lampu gantung dengan warna hijau yang terang-benderang bukan sahaja menerangi malah menambahkan elemen reka bentuk dan keselesaan pada ruang.