Wujudkan ruang kerja yang dapat mencapai keseimbangan antara kolaborasi dan kerja terfokus dengan perabot pejabat TROTTEN. Perabot yang hiperfleksibel dan seperti di rumah ini mencetuskan kreativiti, kebersamaan dan kejayaan. Anda sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menjalankan tugas seperti yang di dalam senarai perkara yang harus dilakukan.
Susun beberapa meja kerja TROTTEN dan anda akan mempunyai banyak kawasan untuk membentangkan projek kreatif, malah rakan sekerja pun dapat kerja bersama-sama.
Pemetaan minda, lakaran dan papan mood ialah alat penting untuk berkreatif. Papan putih ini ada dua sisi, jadi anda mendapat satu sisi lagi untuk nota dan gambar, dan satu untuk menuliskan visi dan idea anda.
Zon yang membolehkan pasukan berehat, membaca dan berbual-bual menjadikan tempat kerja lebih produktif. Mudah direka dengan kerusi yang selesa, meja kecil, ambal dan sentuhan alam semula jadi.
Tingkatkan mesyuarat anda dengan zon berdiri. Semakin banyak kita bergerak, semakin selesa kita berasa dan ketika itulah kita melakukan tugas dengan terbaik.
Sentiasa menyediakan bilik yang tenang untuk mesyuarat jarak jauh atau tugas dengan fokus tinggi. Fabrik penyerap bunyi, pencahayaan lembut dan tempat duduk yang ergonomik menjadikannya menyeronokkan selama berjam-jam.