Sama ada anda mengalu-alukan pelanggan untuk datang menikmati minum kopi pagi dan makan tengah hari, ataupun menganjurkan acara malam yang meriah (atau kedua-duanya), meja dan kerusi luar yang ringan dan serba guna ini akan membantu mewujudkan keselesaan bagai di rumah sendiri untuk semua pelanggan anda, siang dan malam.
Dengan mekanisme lipatan yang ringkas, kerusi ini siap tersusun untuk penyediaan pagi yang lancar dan mudah dikemas pada penghujung hari. Diperbuat daripada keluli bersalut serbuk, ia tahan lasak dan mudah dijaga, serta disertakan dengan waranti 10 tahun untuk kegunaan luar dan kekal di tengah-tengah kehidupan kafe anda untuk jangkamasa yang lama.
Pilih meja dan kerusi yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan anda apabila berkaitan dengan tempat duduk. Ini boleh disusun semula dengan mudah untuk menampung kumpulan yang lebih besar atau seseorang yang minum berseorangan. Tambahkan payung untuk perlindungan tambahan daripada cahaya matahari pada hari yang cerah.
Wujudkan rasa macam di rumah di dalam kafe anda dengan menggabungkan meja hitam yang kukuh dengan kerusi kayu birch ini untuk penampilan yang menyamankan dan anggun. Meja-meja ini memberikan pelanggan banyak ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan atau kopi, dan juga terdapat cangkuk yang berguna untuk menyimpan barangan peribadi dari lantai.
Apabila senja tiba, tingkatkan suasana petang dengan meletakkan salah satu lampu LED gaya klasik ini di setiap meja. Mentol boleh malap bermakna lampu boleh dilaraskan untuk membaca, berbual atau makan.