• TENTANG KAMI
  • KEPAKARAN KAMI
    • Pejabat
    • Pembangunan Kediaman
    • Sekolah & Asuhan Kanak-kanak
    • Hotel & Rumah Tetamu
    • Restoran & Kafe
    • Kelengkapan Peruncitan
    • Kad Hadiah Korporat
  • PERKHIDMATAN
  • GALERI
  • CARA UNTUK MEMBELI
  • HUBUNGI KAMI
  • EN|BM
TENTANG KAMI
KEPAKARAN KAMI
PejabatPembangunan KediamanSekolah & Asuhan Kanak-kanakHotel & Rumah TetamuRestoran & KafeKelengkapan PeruncitanKad Hadiah Korporat
PERKHIDMATAN
GALERI
CARA UNTUK MEMBELI
HUBUNGI KAMI
LANGUAGES
IKEA Business Inspirations - Airy FeelIKEA Business Inspirations - Airy Feel

Kawasan tempat duduk dalam ini boleh disesuaikan untuk menampung semua kumpulan pelanggan. Bentuk segi empat sama meja STENSELE memudahkan dua atau lebih banyak meja ditambah dan dikumpulkan, memperluaskan saiz mengikut keperluan yang berbeza-beza. Meja juga dilengkapi dengan cangkuk di bawah untuk pelanggan menggantung beg atau jaket mereka. Lengkapkan meja dengan kerusi IDOLF yang selesa untuk duduk, kerana adanya bentuk tempat duduk dan penyandar yang lembut dan membulat. Ubah kabinet dapur METOD kepada ruang tempat duduk dengan storan bawah tempat duduk. Kabinet boleh didapati dalam pelbagai saiz untuk disesuaikan dengan pelbagai ruang. Gunakan selusur untuk menggantung bantal yang membolehkan rupa dan keselesaan disesuaikan mengikut kawasan tempat duduk dengan corak dan warna yang berbeza-beza.

Susun pastri anda di dalam dulang hidangan dan gantungkan mentol lampu LED LUNNOM di atas kawasan kaunter anda untuk mewujudkan suasana yang nyaman.

Pintu kabinet UDDEVALLA juga berfungsi sebagai permukaan papan kapur untuk anda menulis menu kafe anda.

Tambahkan sedikit storan tambahan dengan menambahkan para-para untuk menyimpan apron dan tuala. Gantung papan untuk anda peragakan menu istimewa hari ini, pamerkan foto kafe anda, dan pinkan nota peringatan.

Muatkan laci METOD anda dengan dulang kutleri kayu VARIERA untuk memastikan peralatan anda teratur, supaya anda dapat mencari dengan pantas apa yang anda perlukan.

Sediakan kawasan layan diri untuk pelanggan mengambil segelas air.

Memperagakan produk anda dan mempamerkan barang niaga anda di unit para-para BROR. Dua unit para-para FJÄLLBO boleh disatukan untuk menghasilkan para-para belakang membelakang. Ini akan menambahkan lebih banyak lagi ruang terbuka di kedai kopi anda untuk memperagakan biji kopi, cawan, dan alat kopi anda.

Reka sebuah stesen pembungkusan kecil untuk pelanggan yang membeli biji kopi anda sebagai hadiah. Buat rak dinding untuk memaparkan alat kopi dan cawan seramik untuk menginspirasikan pelanggan.

Ubah sudut kedai kopi anda kepada ruang duduk luar untuk pelanggan anda. Sediakan bangku luar untuk pelanggan anda agar mereka dapat menikmati udara segar dengan selesa dan bergaya. Hias kawasan itu dengan tumbuh-tumbuhan segar dan bunga mekar untuk mewujudkan suasana yang nyaman.

<
...
{{ totalPage }}
>

Berfikir untuk memperbaharui ruang perniagaan anda?

IKEA for Business ada di sini untuk anda. Kami boleh membantu anda mengikut keperluan, gaya dan bajet untuk merealisasikan ruang perniagaan anda.

Hubungi kami

{{ title }}

IKEA Contact Banner

Biar kami bantu merancang ruang perniagaan anda.

  • © Inter IKEA Systems B.V. 2020
  • Polisi Privasi
  • Polisi Cookie
  • Hubungi kami
  • © Inter IKEA Systems B.V. 2020

Ikano Handel Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat: 201301044794 (1074617-K))