Restoran burger yang meriah ini menyajikan klasik yang abadi, baik pada menu juga gaya. Dengan perabot yang tahan lama dan senang dijaga, suasana yang ceria, serta perhatian yang teliti pada perincian menjadikan tetamu dari semua peringkat umur rasa bagai dialu-alukan, pastinya restoran ini akan menjadi kegemaran kejiranan.
Meja ini mempunyai cangkuk yang berguna di sisi yang para tetamu boleh gunakan untuk menggantung beg atau jaket mereka. Juga, ia ada kaki boleh laras agar ia tegak stabil di lantai yang tidak rata, jadi tidak ada lagi meja yang bergoyang-goyang!
Kerusi yang lasak dengan tempat letak tangan ini membolehkan pelanggan anda berasa selesa sepanjang hari dan membantu pembersihan pada waktu tutup. Tempat letak tangan boleh digantung pada permukaan meja agar anda mudah membersihkan lantai.
Bakul kertas dan bahan pewarna dapat menghiburkan tetamu cilik sementara mereka menunggu makanan mereka.
Kerusi yang boleh ditindan banyak membantu dalam mewujudkan ketenangan di ruang yang sibuk. Semua kerusi di restoran ini boleh dittindan, termasuk kerusi junior ini.
Semuanya berjalan lancar dengan kawasan layan diri yang membolehkan para tetamu mengambil sendiri napkin, perasa, mangkuk dan banyak lagi. Maklumat yang berguna: Permukaan kayu yang tidak dirawat pada bangku kerja ini akan menjadi lebih tahan lama dan lebih senang dibersihkan jika anda meminyak atau melilinnya.
Ya, burger sentiasa menjadi kegemaran. Tetapi pinggan mangkuk meja ini juga terkenal kerana reka bentuknya yang abadi dan pintar. Diperbuat daripada porselin feldspar, pinggan dan mangkuk ini tahan hentakan dan tahan lama, jadi pastinya anda akan menggunakannya selama bertahun-tahun.